Perbandingan Bitcoin dan Internet Pada tahun 1997

Bitcoin adalah masih dalam peringkat awal. Pada ketika ini, kurang dari 2% populasi dunia menggunakan Bitcoin & Crypto. Memandangkan jumlah populasi dunia sekarang lebih dari 7 bilion, ini adalah jumlah yang sangat kecil. Dengan hanya sekitar 130 juta orang yang menggunakan Bitcoin & Crypto sehingga hari ini. Jika dibandingkan dengan cara yang sama kebangkitan internet pada akhir tahun 90-an. Corak pertumbuhan BTC sekarang boleh dikatakan sama dengan corak pertumbuhan internet pada tahun 1997.

Kembali pada tahun 1997, internet pada ketika itu mempunyai kira-kira 130 juta pengguna. Ini adalah ketika dimana tiada yang menyangka internet akan pergi jauh. Jika dilihat ini adalah sentimen yang sama mengenai pertumbuhan Bitcoin & Crypto hari ini. Angka menunjukkan bahawa sama seperti pada akhir tahun 90-an, pelabur yang menggunakan bitcoin sekarang boleh dikategorikan orang terawal.

Penggunaan Internet dan Bitcoin

Internet bermula pada tahun 1983. Tetapi tidak ada penggunaan yang ketara sehingga tahun 1990-an. Ia bermula dengan perlahan sehingga menjelang tahun 1997, hanya sekitar 1.7% dunia benar-benar menggunakan internet. Sama seperti Bitcoin pada tahun 2021, sekarang adalah titik penting kepada bitcoin dan crypto.

Penggunaan internet meningkat dua kali ganda dari tahun 1997 hingga 1998 | sumber

Dalam masa setahun kemudian jumlah pengguna internet meningkat dua kali ganda. Pada tahun 2000, populasi dunia yang menggunakan internet telah melebihi 5%. Jumlah pengguna pada ketika itu telah melebihi dari 350 juta. Dari titik permulaan itu hingga tahun 2005, pengguna internet telah mencapai 1 bilion.

Perkembangan Bitcoin sama dengan perkembangan Internet | sumber

Harga Bitcoin telah menunjukkan pergerakan yang sama jika dibandingkan dengan penggunaan internet. Tetapi garis masa adalah sedikit berbeza. Internet mengambil masa beberapa tahun lebih lama untuk mencecah 130 juta pengguna. Tetapi corak pertumbuhan nya sangat serupa. Faktor Bitcoin cepat berkembang adalah disebabkan Bitcoin mempunyai bantuan internet yang mendorongnya mempercepatkan garis masa. Dengan membandingkan kedua pergerakan garis masa yang disesuaikan, bitcoin dijangka akan pesat berkembang dalam empat tahun akan datang. Pada ketika itu, jumlah pengguna bitcoin dan crypto dijangka mencecah 1 bilion. Ini akan menjadikan lebih ramai orang akan memiliki digital aset.

Leave a comment